Search
Close this search box.

KPDNHEP Bincang Pembiayaan Inisiatif Pembangunan Francais Mikro, Mampu Milik

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa institusi pembiayaan bagi mencapai konsensus untuk inisiatif Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa jenama syarikat francais untuk turut serta dalam membangunkan inisiatif ini.

“Pembangunan ini adalah bagi golongan B40 dan M40 jadi selaras konsep francais untuk semua..pembangunan francais perlu dilihat secara komprehensif dan bermanfaat kepada B40 dan M40.

“Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik bukan hanya tertumpu kepada negeri Sarawak sahaja tetapi untuk seluruh Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) mengenai bagaimana inisiatif Belanjawan 2021 dapat membangunkan francais mikro dan mampu milik di Sarawak.

Nanta berkata pihaknya akan menguar-uarkan pelaksanaan inisiatif itu setelah prosedur tatacara pelaksanaan ini dimuktamadkan kelak.

Dalam Perbentangan Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik serta Beli Barangan Buatan Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata buat masa ini terdapat sembilan syarikat francaisor dari Sarawak, memiliki 98 outlet seluruh negara dengan 83 daripada jumlah keseluruhan outlet itu beroperasi di Sarawak.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan