Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 22 Sept -- Pemain pasukan Kuala Lumpur Pavandip Singh (kiri) dikawal ketat pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM) Maxhans Christi pada Perlawanan Suku Akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2020 di Stadium Hoki Bukit Jalil hari ini. Pasukan Kuala Lumpur berjaya menewaskan pasukan PDRM dengan mata 3-2. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Hoki Piala Remaja Asia 2020 Diadakan Pada Julai 2021

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 yang ditangguh dua kali berikutan pandemik COVID-19 akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh dari 1 hingga 10 Julai 2021.

Menurut Persekutuan Hoki Asia (AHF) dalam laman web www.asiahockey.org hari ini, tarikh baharu itu diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

AHF menegaskan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Jan 1999 layak mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang menjadi perlawanan kelayakan untuk Piala Remaja Lelaki Dunia 2021 di India.

Sebanyak 10 pasukan akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu iaitu Malaysia, China, Taiwan, India, Jepun, Korea Selatan, Oman, Uzbekistan, Pakistan, dan tuan rumah Bangladesh.

Kejohanan itu pada mulanya dijadual diadakan pada 4 hingga 12 Jun, tetapi pada September lepas, ia ditunda ke 21 hingga 30 Jan 2021, sebelum AHF sekali lagi membuat keputusan untuk menangguh kejohanan itu ke satu tarikh susulan pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan