Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Awang Aslee Dilantik Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah Yang Baharu

ByEekbal Yusuf

KOTA KINABALU: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort Awang Aslee Lakat dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah yang baharu berkuat kuasa 1 November lalu.

Awang Aslee, yang juga bekas Penolong Setiausaha UMNO Sabah itu, menggantikan Datuk Kadzim M. Yahya yang dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

Watikah pelantikan disampaikan oleh Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau di sini.

Awang Aslee ketika ditemui menyifatkan pelantikan itu sebagai tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan penuh amanah dan beliau beriltizam akan melakukan terbaik khususnya dalam memperkasakan UMNO Sabah.

“Tugas diamanahkan bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan tanpa kerjasama semua pihak dalam kepimpinan UMNO Sabah termasuk Pergerakan Wanita, Putera dan Puteri di seluruh bahagian,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Aslee mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin  serta kepimpinan parti yang lain atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk menggalas jawatan berkenaan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan