Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Veteran Politik Kedah, Khalid Abdullah Meninggal Dunia

ByEekbal Yusuf

ALOR SETAR: Tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO, Tan Sri Khalid Abdullah meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini, semalam.

Allahyarham Khalid, 98, meninggal dunia pada 5.50 pagi semalam selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu pada Ahad lepas.

Menurut isteri Allahyarham, Puan Sri Norjannah Khairuddin, 61, sejak Jumaat suaminya sudah tidak boleh makan dan pada Sabtu kesihatannya semakin merosot menyebabkan mereka menghantar arwah ke hospital (pada Ahad) dan terus dimasukkan ke ICU.

“Arwah tiada apa-apa sejarah penyakit cuma petang semalam arwah penat… Pada 5 pagi tadi, semasa jururawat nak periksa tekanan darah, arwah dah tak bagi tindak balas,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Hussain Seberang Pumpong di sini.

Khalid yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Merah (1975-1980) pernah memegang jawatan antaranya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tokoh Maal Hijrah 2008 itu, meninggalkan seorang balu, lima anak (seorang telah meninggal dunia), 17 cucu dan 24 cicit.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Hussain, di sini selepas Zohor semalam.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan