Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jalan Lama Bentong-Raub Ditutup, Runtuh Sepanjang 60 Meter

ByEekbal Yusuf

KUANTAN: Jalan lama Bentong-Raub berhampiran Kampung Sungai Chetang, kira-kira 170 kilometer dari sini, ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan ekoran tanah runtuh sepanjang 60 meter yang dipercayai berlaku disebabkan hujan lebat, sejak Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata jalan itu terpaksa ditutup demi keselamatan rakyat kerana terdapat potensi runtuhan tanah lebih besar boleh berlaku, disebabkan aliran air dalam musim tengkujuh sekarang.

“Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat yang berlaku pada malam Isnin, menyebabkan pembetung sedia ada sepanjang 20 meter dengan diameter 1.5 meter tidak dapat menampung aliran sungai yang naik mendadak sehingga menyebabkan limpahan berlaku.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah akan membaiki dan bercadang menaik taraf pembetung tersebut dengan kos dianggarkan bernilai RM1.2 juta yang akan dimohon kepada ibu pejabat JKR pada minggu ini,” katanya kepada Bernama di sini. 

Norol Azali berkata buat masa ini, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan utama persekutuan Bentong-Raub sebagai laluan alternatif sehingga jalan itu dibuka semula.

Makluman penutupan jalan itu juga dihebahkan di Faceboook JKR Daerah Raub selain pihak konsesi penyenggaraan jalan iaitu Roadcare (M) Sdn Bhd, diarahkan untuk memasang papan makluman penutupan jalan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan