Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemergian ADUN Bugaya Dirasai, Disifatkan Sebagai Pemimpin Berjiwa Rakyat

ByEekbal Yusuf

SEMPORNA: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah akibat masalah buah pinggang, dirasai rakan politik di Sabah.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Jaujan Sambakong berkata arwah memiliki perwatakan yang baik, mesra dan cukup disenangi rakyat.

“Arwah seorang wanita yang cekal dan berdedikasi, saya selaku rakan seperjuangan dari UMNO sehingga Warisan sebagai bukti dia antara yang paling lantang bersuara dalam mesyuarat bagi menyampaikan suara rakyat dan keperluan yang dimahukan rakyat Semporna,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Warisan dan seluruh penduduk Semporna tidak akan melupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Tawau Ghazalie Ansing pula berkata pemergian arwah adalah berita duka kepada rakyat Sabah yang kehilangan seorang pemimpin wanita berkebolehan.

“UMNO Tawau menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah di saat-saat yang sukar ini,” katanya.

Beliau berkata arwah merupakan pemimpin yang mudah didampingi kerana mesra rakyat, bersikap rendah diri dan berpendirian dalam perjuangan.

Manis Muka dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles tengah hari semalam pada usia 65 tahun.

Difahamkan jenazah dibawa ke Semporna dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bugaya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan