Menara Korporat Persada PLUS Antara Pemenang Anugerah Tenaga Nasional 2020

KUALA LUMPUR: Menara Korporat Persada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) semalam diumumkan sebagai pemenang Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2020 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam Kategori 1: Kecekapan Tenaga bagi Pengurusan Tenaga (Bangunan Besar).
Morbidelli, Quartararo Sasar Akhiri Musim 2020 Dengan Keputusan Terbaik

KUALA LUMPUR: Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo mensasarkan untuk menamatkan musim 2020 dengan keputusan yang positif pada Grand Prix (GP) Portugal di sirkit Portimao.
Pacuan Empat Roda PDRM Bawa Jenazah Ditimpa Kemalangan

BANDAR PERMAISURI: Pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong di sini semalam.
Kutipan Sisa Kitar Semula Naik Sejak PKP – Zuraida

PUTRAJAYA: Kutipan sisa kitar semula meningkat kepada 2,188.95 tan dari Januari hingga September tahun ini berbanding 1,546.81 tan dalam tempoh sama tahun lepas, dengan peningkatan ketara direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
RM200 Juta Pelan Pemulihan Pelancongan Termasuk Dalam Belanjawan 2021 – Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan amat serius dalam usahanya membantu pemain industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat COVID-19, untuk kelangsungan industri berkenaan.
Pemergian ADUN Bugaya Dirasai, Disifatkan Sebagai Pemimpin Berjiwa Rakyat

SEMPORNA: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah akibat masalah buah pinggang, dirasai rakan politik di Sabah.
AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd menjangkakan perniagaannya akan kembali ke paras sama seperti tempoh sebelum penularan COVID-19 di kebanyakan laluan penerbangannya menjelang pertengahan tahun 2021 atau mungkin lebih awal berikutan unjuran menyatakan bahawa perjalanan udara akan kembali pulih pada masa yang terdekat.
AirAsia Japan Failkan Muflis

KUALA LUMPUR: Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) hari ini memfailkan muflis.
Artis Kelahiran Sarawak Dicalonkan Untuk Dua Anugerah Di Festival Video Muzik Buenos Aires

KUCHING: Artis kelahiran Sarawak Alena Murang telah dicalonkan bagi dua kategori anugerah di Festival Video Muzik Buenos Aires tahun ini yang akan berlangsung secara maya dari 27 hingga 29 Nov depan.
Guan Eng Saran Tidak Perlu Tanding PRK Gerik Bagi Iktiraf Hasbullah

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyarankan agar Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan Parlimen Gerik diadakan tanpa pertandingan menentang UMNO sebagai mengiktiraf perkhidmatan wakil rakyatnya Allahyarham Datuk Hasbullah Osman di kawasan itu.