Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
lim guan eng DAP
lim guan eng DAP

Guan Eng Saran Tidak Perlu Tanding PRK Gerik Bagi Iktiraf Hasbullah

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyarankan agar Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan Parlimen Gerik diadakan tanpa pertandingan menentang UMNO sebagai mengiktiraf perkhidmatan wakil rakyatnya Allahyarham Datuk Hasbullah Osman di kawasan itu.

Langkah itu juga katanya wajar berikutan negara sedang mengharungi gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang teruk, justeru keselamatan awam harus didahulukan dan menjadi keutamaan berbanding politik dan pilihan raya.

“DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Hasbullah yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung,” kata Lim dalam hantaran Facebook beliau.

Lim berkata walaupun DAP berada di pihak berlawanan, mereka mengakui Hasbullah telah berkhidmat lebih dua penggal sebagai ahli Parlimen dan kepada rakyat di kawasannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat masih belum dapat melupakan lonjakan kes COVID-19 yang berlaku susulan Pilihan Raya Negeri Sabah yang berpunca daripada “politik wang dan cubaan membeli ahli Dewan Undangan Negeri bagi merampas hak rakyat memilih kerajaan negeri mereka sendiri”.

“Seharusnya kita perlu berhenti bermain politik pilihan raya sehingga bahaya dan risiko yang ditimbulkan oleh COVID-19 berakhir,” katanya.

Hasbullah yang merupakan Ahli Parlimen Gerik sejak Pilihan Raya Umum ke-13, meninggal dunia kira-kira 7 malam semalam akibat serangan jantung.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan