Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ebabkan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.
laporan insiden penemuan seekor ular di dalam pesawat penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada 10 Feb lepas sehingga menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd menjangkakan perniagaannya akan kembali ke paras sama seperti tempoh sebelum penularan COVID-19 di kebanyakan laluan penerbangannya menjelang pertengahan tahun 2021 atau mungkin lebih awal berikutan unjuran menyatakan bahawa perjalanan udara akan kembali pulih pada masa yang terdekat.

Presiden Kumpulan AirAsia (Penerbangan), Bo Lingam berkata perkembangan positif mengenai gelembung perjalanan yang sudah terbentuk di Asia dan jumlah yang banyak vaksin COVID-19 dalam peringkat akhir ujian merupakan berita baik bagi industri penerbangan.

“Perjalanan udara sangat adalah penting untuk ekonomi dunia dan AirAsia sudah pun melihat tanda-tanda pemulihan di pasaran domestik utama kami yang mendapat permintaan.

“Perkhidmatan domestik AirAsia di Thailand sebagai contoh sudah hampir mencapai paras kapasiti 100 peratus sama seperti tempoh sebelum penularan wabak itu dan terdapat petunjuk positif yang serupa daripada seluruh kumpulan AirAsia termasuk di Malaysia, Indonesia dan Filipina, ia menunjukkan bahawa tempahan awal bagi perjalanan udara telah kembali pulih di pasaran utama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Lingam berkata rangkaian lebih daripada 160 destinasi di seluruh Asia Pasifik, AirAsia berada dalam kedudukan yang baik di pasaran perjalanan udara untuk pulih lebih cepat daripada kebanyakan syarikat penerbangan lain.

“Bonus sebenarnya ialah sebahagian besar pasaran antarabangsa utama kami yang juga merupakan tarikan pelancongan seperti Thailand, Singapura, Australia, Korea Selatan, Indochina dan Taiwan, negara berkenaan dapat menangani wabak tersebut dan mereka akan membuka semula pintu sempadan lebih awal.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan niaga pelancongan dan lapangan terbang untuk memacu perjalanan udara domestik, pada masa yang sana membuat kemajuan yang baik dalam perbincangan mengenai pembentukan gelembung perjalanan pada destinasi antarabangsa berisiko rendah,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan