Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pusat Tuisyen, Tadika Kawasan Zon Hijau Di Sarawak Dibenar Beroperasi Mulai Esok – Uggah

KUCHING: Semua pusat tuisyen dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) yang berada di kawasan zon hijau di Sarawak dibenarkan kembali beroperasi mulai esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata semua pengusaha pusat tuisyen dan tadika terbabit dikehendaki mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

Sementara itu, Uggah berkata Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah membuat pindaan SOP untuk sektor peruncitan bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa pada 18 Nov.

“Antara SOP tersebut adalah seperti penggunaan alat pengimbas suhu automatik yang saya lihat kurang pengawasan daripada premis terbabit yang membiarkan pelanggan berseorang mengambil suhu…kita tidak tahu sama ada mereka (pelanggan) demam atau tidak.

“Selain itu, bagi syarikat di industri perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, peruncitan dan makanan di seluruh Sarawak perlu memastikan penguatkuasaan ke atas semua pekerja mereka agar sentiasa mematuhi SOP sepanjang masa,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan