Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Agong Zahir Takziah Kepada Keluarga KP Sinar Harian

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pengarang Sinar Harian dan wartawan veteran Datuk Baharom Mahusin yang meninggal dunia hari ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Baharom dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada dunia kewartawanan negara.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti serta jasa Allahyarham kepada masyarakat. Seri Paduka Baginda berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin,” demikian menurut kenyataan itu.

Baharom, 54, dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pagi tadi selepas mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Pengarang Sinar Harian pada April tahun lepas setelah memegang jawatan kanan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia.

Sepanjang 28 tahun dalam kerjaya kewartawanan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai koresponden Utusan Malaysia di London dan beliau amat dikenali khususnya dalam kalangan pengamal media sebagai individu yang disenangi ramai selain mudah mesra.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan