Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Surau Di Semua Lebuh Raya PLUS Dibuka Semula Hari Ini

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk di Negeri Sembilan dibuka semula hari ini.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan berkenaan dinasihatkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan semua pihak.

“PLUS turut mengingatkan pelanggan yang menggunakan surau di lebuh raya, supaya mendaftar diri dengan menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual bagi urusan pengesanan kontak rapat sekiranya perlu.

“Pengguna juga diingatkan untuk membawa kelengkapan solat sendiri seperti telekung dan sejadah bagi memastikan kebersihan diri terjaga ketika solat kerana kelengkapan tersebut tidak disediakan buat masa ini,” maklum kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu penandaan bagi penjarakan fizikal juga disediakan di setiap ruang solat dan kawasan mengambil wuduk untuk memastikan jarak fizikal satu meter.

Selain itu, PLUS juga memastikan surau dan kemudahan awam lain sentiasa disanitasi secara berjadual.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan