Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PKPD Di Penempatan Telipok, Kampung Numbak Bermula 16 Nov Hingga 29 Nov

ByEekbal Yusuf

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas Penempatan Telipok dan Kampung Numbak di sini, berkuat kuasa tengah malam tadi hingga 29 Nov.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan itu dibuat atas nasihat serta penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD bagi kawasan tersebut ialah sama seperti SOP PKPD yang diumumkan sebelum ini. Antaranya, kedai runcit dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang manakala pasar dibenarkan beroperasi dua kali seminggu bermula 6 pagi hingga 2 petang,” katanya dalam kenyataan.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata seorang wakil daripada setiap keluarga dibenarkan keluar dari kawasan PKPD bagi tujuan mengeluarkan duit daripada mesin pengeluaran wang atau bank dengan kebenaran pihak berkuasa yang membuat kawalan di jalan keluar masuk di kedua-dua lokaliti tersebut.

Menurut laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, negeri itu merekodkan 381 kes baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 23,095 kes.

Kes baharu hari ini merangkumi 95 di Kota Kinabalu, Tawau (65 kes), Sandakan (51 kes), Semporna (48 kes) dan Lahad Datu (34 kes).

Selain itu, tiga kematian baharu direkodkan iaitu dua di Sandakan dan satu di Semporna.

Sementara itu Masidi berkata setakat hari ini, sebanyak 169,345 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasaran.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan