Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Latihan Atlet Para Sukma Melaka Dihentikan Serta-Merta Sehingga 6 Dis

ByEekbal Yusuf

MELAKA: Program latihan atlet Para Sukan Malaysia (Sukma) Melaka dihentikan serta-merta sehingga 6 Dis ini, kata Exco Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Beliau berkata, bagaimanapun, program latihan bagi atlet Sukma Melaka akan diteruskan dan dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Keputusan ini diambil atas dasar kepentingan kesihatan, kesejahteraan dan kebaikan semua pihak yang terlibat dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19.

“Justeru itu, program latihan berpusat atlet yang sedia ada di bawah kendalian Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Melaka boleh diteruskan secara tertutup dan terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Rafiq turut mengingatkan penggiat sukan dan rekreasi termasuk pemilik dan operator fasiliti seperti padang bola sepak, kompleks sukan, dewan badminton, gimnasium, kolam renang dan pusat rekreasi di negeri ini agar terus mematuhi arahan MKN.

Isnin lalu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan Sukma dan Para Sukma 2020 di Johor terpaksa dibatalkan ekoran ketidaktentuan penularan wabak COVID-19 yang telah memasuki gelombang ketiga di negara ini.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan