Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SARAWAK CATAT 9 KES POSITIF BAHARU, PADA SABTU

KUCHING: Sarawak kini mencatatkan sembilan kes positif baharu COVID-19 direkodkan melibatkan enam kes di daerah Kuching, dua kes di daerah Miri dan satu kes di daerah Samarahan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan media berkata, daripada enam kes di daerah Kuching, lima kes dikesan daripada Kluster Greenhill.

Dua daripada kes dari Kluster Greenhill ini katanya merupakan pekerja di sebuah permis yang pernah dikunjungi kes positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Dua kes ini merupakan kontak sosial yang mempunyai sejarah berjumpa dengan kes-kes di dalam kluster ini dan satu kes merupakan kontak rapat kepada kes ke-855 yang telha dilaporkan pada 29 Oktober 2020.

“kelima-lima kes ini telah menjalani saringan COVID-19 antara 29 dan 30 Oktober 2020 dan keputusan ujian pada 30 Oktober adalah positif.

“Dalam pada itu, satu lagi kes baharu yang dikesan di daerah Kuching yang merupakan seorang lelaki warganegara tempatan kontak rapat kepada kes ke-847 yang dikesan pada 29 Oktober 2020,”  Kata JPBNS, pada Sabtu.

JPBNS menambah, dua kes yang dikesan di daerah Miri pula merupakan seorang ahli perniagaan lelaki tempatan yang merupakan kontak sosial kepada kes ke-829 iaitu dari kes Kluster Greenhill.

Kes katanya, telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 27 Oktober dan keputusan pada 28 Oktober adalah positif.

Manakala, bagi kes di Samarahan pula merupakan seorang lelaki tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Melaka dan tiba di Lapangan Terbang Antarabanagsa Kuching (LTAK) pada 28 Oktober 2020.

Kes ini telah menjalani kuarantin wajib di bilik pengasingan tempat kes bertugas di Kota Samarahan dan keputusan ujian pada 30 Oktober menadapati kes positif.

Walaubagaiamanapun, JPBNS turut memaklumkan tiada pertambahan kluster baharu dikesan namun terdapat lima kluster masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Baki, Kluster Bah Arnab dan Kluster Seladah di daerah Kuching dan Kluster Putra di daerah Bintulu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan