Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Perkenal Dasar Baharu Perkukuh Hak Atas Sumber Asli

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengumumkan satu dasar yang bakal mengukuhkan lagi haknya ke atas sumber asli yang ada di negeri ini.

Tanpa mendedahkan perincian dasar itu hari ini, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia susulan kepada perkembangan semasa negeri ini yang telah mengisytiharkan hak wilayah perairannya. 

“Kita tunggu dalam masa seminggu lebih (ini), saya akan umumkan satu dasar yang menguatkan (lagi) hak kita ke atas sumber yang ada di negeri Sarawak,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan Sarawak di sini. 

Menurutnya, Sarawak memiliki Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 yang mengesahkan hak negeri ke atas sumber asli di perairan wilayah dan di bawah tanah wilayahnya. 

“Sebab itulah saya umumkan satu taman marin di luar pantai dekat Bintulu. Ia adalah tanah taman negeri Sarawak yang telah saya gazetkan walaupun ada negara lain yang menyoalkan tempat (kawasan) itu adalah hak mereka,” katanya. 

Abang Johari berkata kerajaan Sarawak juga bercadang menggubal undang-undang bagi menjadikan kredit karbon sebagai komoditi perdagangan selaras dengan inisiatif kerajaan negeri dalam mempelopori penghasilan sumber tenaga berasaskan teknologi hijau. 

– BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan