Search
Close this search box.

SUKMA: SSC Anjur Kejohanan Kompetitif Persiapkan Kontinjen Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Johor pada tahun depan, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) telah menganjurkan beberapa pertandingan kompetitif biarpun berdepan dengan cabaran kelaziman baharu.

Ketua pegawai eksekutifnya dr ong kong swee berkata, pendedahan itu penting kerana ia berperanan sebagai pengukur tahap kemampuan kontinjen Sarawak.

“Program ini kita sudah rancang sejak 3 bulan ini, dan perancangannya untuk semua sukan yang terlibat dengan sukma, tujuan pertandingan ini perlu sebab kalau kita buat latiha sahaja tapi tidak ada pertandingan kita tidak boleh mengukur setakat mana kemampuan atlet kita.

“Kita kena faham, bahawa kita tidak boleh keluar negeri memandangkan pandemik, jadi kami SCC dan Majlis Sukan Sarawak telah memastikan, SOP yang baiklah dilaksanakan dengan betul dan ketat,”
Katanya ketika ditemui pada kejohanan Bola Keranjang Anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) pada Ahad di Kuching.

Dedah Dr. Ong, setakat ini semua persatuan sukan yang terlibat dengan temasya SUKMA Johor tahun depan, masih menjalakan sesi latihan seperti biasa.

Berbaki berberapa bulan sahaja lagi, senarai pendek kontinjen Sarawak akan diputuskan pada penghujung tahun ini.

“Sebenarnya kita dah ada senarai , dan senarai itu akan di nilai sehingga hujung tahun ini, dimana ketika itu kami akan senarai pendekan,” katanya lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan