BERALIH KE PERKEMBANGAN DUNIA.
PARTI DI PARIS DIHENTIKAN… SEBAGAI MEMATUHI ARAHAN PERINTAH BERKURUNG UNTUK MEMERANGI PANDEMIK COVID 19
IA BAGI MENGUATKUASAKAN ANTI-BERSOSIAL KETIKA PERANCIS MENCATAT LEBIH DARI 32,000 KES POSITIF COVID 19 DALAM TEMPOH 24 JAM
(SUPER/ PARIS, PERANCIS)
BANYAK RESTORAN DAN BAR DITUTUP DENGAN ORANG RAMAI BERGEGAS PULANG DI SEKITAR PARIS SUSULAN PELAKSANAAN PERINTAH BERKURUNG BAGI MEMERANGI COVID 19.
POLIS SUDAH MULA MEMBUAT RONDAAN DI KAWASAN YANG KEBIASAANYA PENUH DENGAN PENGUNJUNG YANG BERPESTA.
IA BAGI MENGUATKUASAKAN TINDAKAN ANTI BERSOSIAL DIMANA PERANCIS KETIKA INI MENCATAT LEBIH DARI 32,000 KES POSITIF COVID 19 DALAM TEMPOH 24 JAM.
DIBAWAH PERINTAH ITU, PELITUP MUKA ADALAH WAJIB DI DALAM DAN DI LUAR TEMPAT AWAM.
BAGAIMANAPUN PERATURAN ITU TIDAK DIPATUHI SEPENUHNYA TERUTAMA ANAK MUDA YANG TIDAK MENGENAKAN PELITUP MUKA SELAIN TIDAK MENGIKUT PENJARAKAN SOSIAL DENGAN BERHIMPUM DALAM KUMPULAN MASING MASING DI RESTORAN DAN TEMPAT AWAM LAIN.
INI MENDORONG KERAJAAN MENGUMUMKAN PERINTAH BERKURUNG BERMULA JAM 9 MALAM HINGGA 6 PAGI DI PARIS DAN BEBERAPA LAGI BANDAR// PERINTAH BERKURUNG AKAN BERKUATKUASA SEKURANG KURANGNYA 4 MINGGU.