Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Rekod Sifar Kes COVID-19 Hari Ini

ByOdleen Catherny

KUCHING: Tiada kes positif Covid-19 dilaporkan di Sarawak hari ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak kekal sebanyak 752 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Walau bagaimanapun terdapat dua (2) kluster masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Bah Arnab di Daerah Kuching dan Kluster Putra di Daerah Bintulu.

Menurut JPBN Sarawak, Kluster Bah Arnab kekal melaporkan empat (4) kes positif COVID-19 setakat hari ini, jam 12:00 tengah hari manakala bagi Kluster Putra pula, kekal seramai enam (6) orang termasuk kes indeks.

Tambah kenyataan itu lagi, terdapat dua (2) kes baru yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Kes-kes tersebut adalah masing-masing satu (1) dari Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.

Dalam pada itu, sebanyak sepuluh (10) Patient Under Investigation (PUI) baru dilaporkan hari ini dan lapan (8) PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

Jelas JPBN Sarawak, Daerah Kuching, Sibu, Bintulu dan Lubok Antu kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan seramai dua belas (12) kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas di mana tiada penambahan kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan atau dikesan bagi daerah-daerah tersebut pada hari ini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan