Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19; Sarawak Catat Tiga Kes , Kuching Kembali Hijau

BySalasiah Safian

KUCHING: Sarawak hari ini melaporkan sebanyak tiga kes baharu COVID-19, masing-masing di daerah Kuching, Sri Aman dan Bintulu, dedah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 724 kes.

Menurut JPBNS dalam satu kenyataan, kes ke -722 (Kes Import B) merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang bertugas dan menetap di Sri Aman sebagai seorang penjawat awam.

“Kes telah menjalani saringan rawak COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semasa tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA-2) setelah balik bercuti di Kula Lumpur dan Putrajaya. Kes balik ke Kuala Lumpur pada 25 September 2020,” kata kenyataan itu.

Sementara bagi kes ke- 723 (Import B), kes merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang telah melakukan perjalanan balik dari kuala lumpur melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 03 Oktober 2020.

“Semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 3 Oktober 2020, kes telah menjalani saringan rawak COVID-19 dan keputusan rT-PCR kes pada 06 Oktober 2020 adalah positif COVID-19.

“Berdasarkan maklumat di dalam sistem eHealth Declaration, kes pernah beberapa kali berulang alik ke Kota Kinabalu, Sabah dan kali terakhir kes balik dari Sabah ialah pada 26 September 2020 melalui Lapangan Terbang Miri. Kes telah diambil swab saringan COVID-19 semasa tiba di Miri dan keputusan pada waktu itu adalah negatif.

“Walau bagaimanapun, semasa tiba dari Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2020, kes telah gagal membuat pengisytiharan bahawa kes pernah melakukan perjalanan ke Sabah dalam tempoh 14 hari yang lepas.Kes tidak menunjukkan tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. Kes ini dikategorikan sebagai kes Import B yang telah mendapat jangkitan semasa berada di kawasan yang berisiko tinggi iaitu kemungkinan di Sabah. Siasatan lanjut dan pengesanan semua kontak kepada kes ini masih dijalankan,” tambah kenyataan itu.

Manakala untuk kes yang ke-724 (Kes Import B), kes juga merupakan lelaki warganegara tempatan yang bekerja di Tawau, Sabah sebagai seorang anggota keselamatan.

“Kes telah balik ke bintulu menggunakan penerbangan dari Tawau ke Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya Miri pada 27 September 2020.

“Kes kemudian meneruskan perjalanan dari Lapangan Terbang Miri ke Bintulu menggunakan kenderaan milik keluarga kes.

“Sebelum pulang ke Sarawak, kes telah menjalani saringan COVID-19 di sebuah makmal swasta di Tawau, Sabah pada 24 September 2020. Keputusan ujian rT-PCR kes pada ketika itu adalah negatif

COVID-19 dan kes dibenarkan untuk masuk ke Sarawak. Pada 6 Oktober 2020, kes telah menjalani ujian saringan hari ke-10 di Klinik Kesihatan Bintulu dan ujian rT-PCR kes telah didapati positif

COVID-19,” dedah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, JBPNS hari ini turut mengumumkan bahawa daerah Kuching telah kembali berstatus hijau selepas tiada kes jangkitan tempatan dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan