Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Zayn Rayyan

PETALING JAYA, 24 April: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 21 Julai ini bagi keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

PETALING JAYA, 22 April: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan.

PETALING JAYA, 13 Mac: Seorang pakar pediatrik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hanya boleh bertutur 30 perkataan dan masih belum boleh menyambung perkataan yang mana keadaan itu tidak selari dengan perkembangan kanak-kanak berumur enam tahun.

PETALING JAYA, 19 Feb: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Unit Anjing Pengesan (K9) tidak mendapat sebarang petunjuk kehilangan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin semasa melakukan pencarian di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pagi hari kedua kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang.

PETALING JAYA, 19 Feb: Pengasuh kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa beliau mendengar suara kanak-kanak autistik itu seolah-seolah cuba melepaskan diri daripada seseorang semasa mencarinya bersama adiknya di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada petang hari kejadian mangsa dilaporkan hilang.

Paling Popular

No results found.