
ABUJA (Nigeria), 25 Sept: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas sebuah masjid di Zamfara, Nigeria diserang penyerang bersenjata, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu.
Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak di wilayah Ruwan Jema.