Rayuan kes SRC : Najib mahu Ketua Hakim Negara tarik diri #bm, Malaysia August 23, 2022 10:42 AM PUTRAJAYA, 23 Ogos : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.