
KUANTAN, 30 Jan: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, selepas tamat tempoh lima tahun bersemayam di Istana Negara.