KUALA LUMPUR, 30 Nov: Penyandang juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sudah bersedia untuk beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, Thailand minggu depan.
Aaron berkata, persiapan untuk kejohanan terakhir mereka tahun ini berjalan dengan baik, namun ketika ini enggan menyatakan sasaran beliau dalam kejohanan itu.