
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam, sambil menegaskan tindakan sedemikian tidak mencerminkan budaya dan etika rakyat Palestin.