
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden membabitkan kira-kira 80 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas didapati menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.