
KUCHING, 5 Sept: Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata perbezaan genetik adalah antara aspek penting yang diteliti oleh para penyelidik dalam ujian klinikal terutama bagi menguji keberkesanan rawatan.