
SHAH ALAM, 1 Julai: Polis berjaya menumpaskan kegiatan memproses cecair rokok elektronik (vape) mengandungi dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM21.85 juta dalam dua serbuan berasingan di kondominium yang dijadikan makmal haram di sekitar Ampang pada 25 Jun lepas.