KAHERAH, 25 Dis: Menteri Pengangkutan Mesir Kamel Wazir pada Ahad berkata warga asing boleh membeli tiket kereta api dalam mata wang dolar AS atau Euro mulai Januari, lapor Sputnik.
“Garis panduan baharu akan dikuatkuasakan pada Januari – tiket kereta api akan dijual kepada warga asing hanya dalam matawang Dolar atau Euro,” kata Wazir kepada penyiar Mesir MBC.