GENEVA, 26 Jun: Bilangan pengguna dadah global telah meningkat hampir satu perempat dalam tempoh sedekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pejabat PBB Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) di Vienna dalam laporannya yang dikeluarkan pada Ahad turut menyuarakan kebimbangan mengenai penyebaran dadah sintetik serta kawasan bermasalah seperti Ukraine dan Afghanistan.