
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pengumuman kadar dividen tinggi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2024 adalah indikator bahawa institusi itu berjaya menunaikan fungsinya dengan baik dan efektif sebagai ‘nadi’ simpanan usia tua atau selepas bersara negara.