
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember ini hingga 7 Mac 2024.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini memaklumkan Ujian Amali Sains dijadual pada 5 hingga 7 Dis, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Januari manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Januari, tahun depan.