LONDON, 13 Sept: Raja Britain Raja Charles III menyuarakan rasa “tanggungjawab yang berat” perlu dipikul dan berikrar untuk mencontohi mendiang bondanya, Ratu Elizabeth II, dalam titah pertamanya di Dewan Westminster pada Isnin.
“Ketika beta berdiri di hadapan semua pada hari ini, beta rasai tanggungjawab menyelubungi, dan mengingatkan kita tentang tradisi penting yang perlu digalas di dewan yang mulia ini, serta ahli-ahli di kedua-dua dewan terus mengabdikan diri mengutamakan negara berbanding komitmen peribadi untuk kebaikan kita semua, ” katanya kepada dewan perwakilan House of Commons dan House of Lords di Dewan Westminster, lapor Xinhua.