
PUTRAJAYA, 30 Mei: Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 16 Jun ini.