
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 berasaskan varian khusus tertutama yang mampu melawan varian Omicron.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun, berkata kementerian belum membuat keputusan bentuk program imunisasi yang akan dilaksanakan sekiranya bercadang menawarkan vaksin itu.