
BANGKOK, 10 Feb: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan masih belum memutuskan sama ada akan membenarkan dari segi undang-undang, penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan dalam negara.
Beliau berkata kerajaan masih menunggu cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.