KUCHING, 2 Okt: Kabinet Sarawak telah bersetuju dengan penubuhan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), yang kini dikenali sebagai Agensi Pembangunan Bersepadu Betong (BIDA), kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau berkata BDDA, yang meliputi kawasan DUN Layar, Bukit Saban, Krian, Kalaka, Saribas, Beting Maro, Kabong dan sebahagian Lingga akan membangunkan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dan membina lebih banyak jalan ladang di kawasan itu.