
LONDON, 13 Ogos: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadualkan hadir di mahkamah sebagai suspek yang terus didakwa berhubung kekacauan awam yang meluas, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Mereka yang hadir di mahkamah pada Isnin termasuk isteri seorang Ahli Majlis Konservatif yang dituduh menggalakkan orang ramai di media sosial untuk menyerang hotel yang menempatkan pencari suaka.