
BUKIT MERTAJAM, 26 Dis: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 25 bas ekspres dan persiaran kerana kesalahan tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam berterusan, dalam operasi khas di tiga plaza tol di negeri ini.