KUALA LUMPUR, 22 Sept: Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hari ini memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini sebagai saksi pendakwaan ke-18 dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Bagaimanapun, sebelum remaja itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes itu akan dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa selain merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.