Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing #bm, Malaysia July 28, 2022 5:33 PM KUALA LUMPUR, 28 Julai : Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan dan belum pulih sepenuhnya walaupun sempadan negara telah dibuka pada 1 April 2022.