KUALA LUMPUR, 7 Sept: Boost, cabang teknologi kewangan spektrum penuh Axiata Group, melancarkan jenamanya yang diberi nafas baharu susulan penerimaan lesen bank digital baru-baru ini daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Pembaharuan jenama ini melambangkan aspirasi Boost untuk meningkatkan tahap keterangkuman kewangan di Malaysia dan di seluruh rantau Asia Tenggara menerusi kuasa teknologi dan kecerdasan buatan (AI).