
SELANGAU, 10 Feb: Prihatin dengan nasib penduduk yang terjejas akibat banjir, Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta turun padang meninjau keadaan mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Parlimen Selangau, termasuk di daerah Tatau.