Laut bergelora, cabaran SAR warga Indonesia hilang di Tanjung Syirik #bm, Berita Sarawak December 22, 2023 10:04 AM TANJUNG MANIS, 22 Dis: Angin kencang dan laut bergelora menjadi cabaran kepada pasukan penyelamat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga Indonesia yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Syirik, Pulau Bruit.