KUALA LUMPUR, 14 Mac: Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan satu tangkap layar berita yang tular di media sosial memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).
JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan maklumat yang disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!”itu adalah palsu.
LOS ANGELES, 13 Mac : Bintang Hollywood dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi Oscars ke-95, hari ini.