
PUTRAJAYA, 8 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan terus menggunakan petikan ayat al-Quran dan tafsiran dalam ucapannya, namun akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kontroversi.