KUALA LUMPUR, 24 Mei: Sidang Dewan Rakyat yang memasuki hari ketiga hari ini, antara lain bakal membincangkan mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut bagi pembangunan negara.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.