Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

syria

ISTANBUL, 13 Jan: Sebuah pesawat bantuan Qatar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada Isnin, membawa 36 tan bekalan makanan sebagai sebahagian daripada respons kecemasan udara Qatar, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

RIYADH, 13 Jan: Jerman akan menyediakan tambahan €50 juta (US$51 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria, kata Menteri Luar Annalena Baerbock pada Ahad di luar persidangan antarabangsa di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, lapor agensi berita Jerman dpa.

DAMSYIK, 11 Jan: Tiga wanita maut manakala lima kanak-kanak mengalami patah tulang dan lebam serius dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad, ibu negara Syria, pada Jumaat ketika cuba mendapatkan makanan percuma dalam satu program kebajikan, lapor Xinhua yang memetik Pertahanan Awam Syria.

BEIRUT, 9 Jan: Presiden Lubnan yang baru dipilih, Joseph Aoun, pada Khamis menyeru agar satu dasar pertahanan menyeluruh dilaksanakan untuk menghadapi serangan Israel dan mengadakan dialog dengan Syria, lapor Agensi Anadolu.

KAHERAH, 6 Jan: Menteri Luar Mesir Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Paling Popular

No results found.