KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pengukuhan dolar AS setakat ini tidak menjejaskan hasil dan perbelanjaan kerajaan meskipun harga makanan, terutamanya import benih dan baja menerima tempias berikutan kelemahan ringgit berbanding mata wang berkenaan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ringgit masih kekal positif berbanding mata wang pound Britain, yen Jepun dan dolar Australia, yuan China dan rupiah Indonesia.